KAEDAH RAKAMAN LAGU@AUDIO Saya telah diberi lagu@hasil rakaman yang dibuat di beberapa studio. Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada mereka yang membuat rakaman ini, samada di pihak yang mengendalikan rakaman atau pihak yang terlibat dalam rakaman iaitu pemuzik dan penyanyi. Pertama sekali saya ingin ucapkan syabas atas semangat yang ada. Mulanya saya tidak merasa untuk membuat sebarang komen kerana menghormati hasil kerja orang lain dan tidak mahu dikatakan cuba tunjuk pandai. Walaupun ada di antara mereka yang terlibat dalam rakaman tersebut membawa lagu@hasil rakaman mereka kepada saya dan cuba meminta komen dari saya. Berat untuk saya komen kerana tidak mahu ada pihak yang terasa kerana sayapun bukan seorang pakar. Tetapi atas desakan dari mereka ini, saya rasa eloklah saya memberi komen terbuka dan tidak ditujukan khusus kepada individu tertentu sebaliknya ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dan baru berjinak-jinak dalam kerja-kerja rakaman stu...