KAEDAH RAKAMAN LAGU@AUDIO
Saya telah diberi lagu@hasil rakaman yang dibuat di beberapa studio. Saya amat kagum dengan semangat yang ada pada mereka yang membuat rakaman ini, samada di pihak yang mengendalikan rakaman atau pihak yang terlibat dalam rakaman iaitu pemuzik dan penyanyi. Pertama sekali saya ingin ucapkan syabas atas semangat yang ada.
Mulanya saya tidak merasa untuk membuat sebarang komen kerana menghormati hasil kerja orang lain dan tidak mahu dikatakan cuba tunjuk pandai. Walaupun ada di antara mereka yang terlibat dalam rakaman tersebut membawa lagu@hasil rakaman mereka kepada saya dan cuba meminta komen dari saya. Berat untuk saya komen kerana tidak mahu ada pihak yang terasa kerana sayapun bukan seorang pakar.
Tetapi atas desakan dari mereka ini, saya rasa eloklah saya memberi komen terbuka dan tidak ditujukan khusus kepada individu tertentu sebaliknya ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dan baru berjinak-jinak dalam kerja-kerja rakaman studio khasnya audio.
Penyanyi atau pemuzik sememangnya harus terdiri dari orang yang berbakat, tetapi untuk menjayakan rakaman yang sempurna, tanggungjawab keseluruhan bukan terletak kepada mereka ini, sebaliknya kepada pihak yang mengendalikan rakaman. Saya tidak akan menghala kepada mana-mana pihak secara khusus dalam kerja-kerja rakaman sebab di zaman sekarang peranan seseorang dalam melakukan rakaman jadi pelbagai..
Jadi secara umum ditujukan kepada pihak yang mengendalikan rakaman. Tulisan saya ini bukan untuk pihak yang sedia mengetahui kaedah rakaman audio tetapi ditujukan khas kepada pihak yang benar-benar beginner yang mempunyai semangat yang kuat. Walaupun ada di antaranya telah lama terlibat dalam melakukan kerja rakaman, tetapi masih belum dapat menguasai kaedah rakaman yang sebenarnya.
Kefahaman
Pertama sekali apa yang perlu ada pada pihak yang mengendalikan rakaman khasnya untuk rakaman audio@lagu@muzik ialah 'kefahaman' terhadap subjek-subjek yang ada dalam sesebuah lagu.
Menguasai
Kedua setelah faham; mengetahui dan menguasai kaedah bagaimana untuk menghasilkan dan menanganinya.
Contoh 'kefahaman' ialah memahami keperluan minimum sesebuah studio. Zaman sekarang rakaman boleh saja dibuat di tepi katil dalam bilik sebuah rumah biasa. Tetapi masih memerlukan persiapan dan peraturan untuk mendapatkan hasil yang terbaik contohnya menyediakan ruang atau kepingan board anti-gema dan sebagainya.
Memahami akan keperluan peralatan@hardware dan software (DAW dsbnya) yang sesuai untuk membuat rakaman, serta mendapatkannya berdasarkan keupayaan. Tidak semestikan menyediakan hardware dan software yang mahal kerana teknologi terkini telah ada tercipta hardware dan software yang sederhana tetapi mampu menghasilkan produk yang terbaik.
Pengendali studio perlu memilih jenis mic dan headphone yang sesuai untuk kerja rakaman, 'Audio Interface' yang sederhana dan 'Speaker Monitor' yang sesuai dan mampu milik.
Proses rakaman:
1. Rakaman multitrack.
Kebolehan mengendalikan DAW, dari sini kemudiannya bolehlah meneroka kaedah menyediakan track untuk dijadikan basic track (Creat a Track to Follow). Kemudian rekod 'Rhythm Section', rekod 'Harmonies' jika perlu, rekod 'Melodi' dan 'Add Color' iaitu background vocal, percussion fill, piano fill dan sampled sound effects.
2. Proses Editing.
Proses editing sebenarnya berbeza dengan proses mixing. Dalam proses editing anda sebagai pengendali rakaman yang bertindak sebagai jururakam juga sound engineering. Walaupun banyak perkara perlu diperhatikan, tetapi sudah cukup sebagai permulaan hanya perlu faham dan mengetahui bagaimana untuk menangani dan menghilangkan bunyi bising (Noise Reduction), termasuk melenyapkan bunyi-bunyi yang tidak dikehendaki, seperti suara orang bercakap, hissing dari amp, bunyi hentakan kaki, bunyi kerusi meja ditarik, bunyi nafas yang kuat dan sebagainya.
Penyesuaikan 'time editing' pada bunyi ketukan percussion melalui proses cut and paste agar seragam dan seiring dengan setting quantization sesebuah lagu. Sebenarnya terdapat software DAW seperti Sonar mampu melakukannya tetapi masih memerlukan sokongan sentuhan manual. Dalam rakaman MIDI, proses 'time editing' ini lebih mudah.
Pitch editing jika perlu. Proses ini agak sulit tapi sangat perlu terutama jika malayani suara hormoni atau melayani ketidakupayaan penyanyi yang menyampaikan sesebuah lagu pada part tertentu. Kaedah moden kadang-kadang menggunakan Auto-Tune.
Delete track yang kurang sesuai, cut@kerat bahagian track yang menimbulkan sebarang gangguan atau masalah atau menyesuaikan semula part sesebuah lagu.
3. Proses Mixing.
Mana-mana step proses dalam rakaman adalah penting, tetapi step ini merupakan step yang dilupakan dan yang paling miss apabila saya mendengar hasil rakaman audio yang telah diberikan kepada saya iaitu hasil rakaman yang telah dibuat dari beberapa studio amatur.
- mengimbangi bunyi setiap istrument mengikut kesesuaian levelnya di mana tidak ada instrument yang terlampau@terlebih kuat atau terlalu perlahan bila digandingkan bersama dalam sebuah lagu. Selalunya apa yang terjadi ialah keadaan serba salah apabila menerima permintaan dari pemain muzik yang mahukan bunyi instrument yang dimainkannya dikuat sehingga terdengat bunyi sesuatu alat muzik terlalu kuat, tidak sepadan dan mengalahi bunyi-bunyi instrument lain.
Panning - Untuk menghasil stereo-image. Ianya seolah meletakkan setiap bunyi dalam kedudukan yang sesuai di atas pentas. Jika penngendali rakaman audio sendiri tidak faham apa itu stereo, tentu saja tidak dapat melakukan step ini. Banyak lagu yang saya dengar dalam keadaan 'mono'.
Equalization - Sebenarnya proses ini adalah proses sulit dan memerlukan kepekaan pendengaran yang terbaik di samping perlu menggunakan monitor speaker yang sesuai dengan frequancy Range yang termampu. Peroses penyesuaian EQ sepatutnya dilakukan pada setiap single track dan juga pada mana-mana track 'BUS' yang digunakan dan juga pada 'Master Track' jika perlu.
Contohnya apabila sesebuah lagu dimainkan di dalam kereta yang mengandungi sub woofer. Bunyi yang kedengaran adalah diluar jangkaan sekiranya semasa proses mixing tidak mengambil perhatian kepada frequancy yang tersembunyi di mana bunyinya tidak dapat dikesan apabila dimainkan melalui speaker biasa.
Compression - Sangat perlu untuk keseimbangan bunyi yang telah dirakam, agar bunyi yang terhasil akan lebih dinamik dan dapat didengar dengan jelas dan hasil keseluruhan bunyi nanti akan seganding dan jelas kedengaran. Proses ini juga tidak diketahui oleh kebanyakan jururakam amatur.
Reverb - Reverb umpama 'garam' dalam masakan. Hasil rakaman tanpa reverb sama seperti hasil masakan tanpa garam. Cuma reverb mungkin berbeza setting pada setiap track. Kemudiannya ada pula reverb untuk 'Master Track'. Reverb akan menjadikan muzik yang didengari seolah berada dalam ruang 3 Dimensi. Ianya menggambarkan rasa keluasan atau kedalaman ruang dan menyatukan bunyi instrument pada keluasan ruang yang tertentu.
Reverb perlu secukup rasa. Ada penyanyi yang tidak mahu vokalnya dimasukkan reverb. Hasil vokal akan kedengaran kering seolah makanan tanpa garam. Sebenarnya keperluan reverb tidak dapat dinafikan. Cuma harus sesuai dan secukup rasa. Ada yang lebih selesa bila reverb kedengaran jelas atau mungkin berlebihan, umpama makanan terlebih garam. Secara ringkasnya reverb hendaklah berada pada paras yang sesuai dan tidak terasa akan kekurangan ataupun berlebihan.
Automation - Ini adalah peringkat sedikit advance. Iaitu proses menukar ketetapan@setting pada titik tertentu di dalam sesebuah lagu. Ianya akan menghasilkan kesan yang pelbagai.
4. Proses Mastering. Sebelum membuat proses mastering, semua hasil rakaman yang berada pada track-track yang berasingan@multi track hendaklah disatukan pada satu track stereo. Proses ini dinamakan 'Mixdown' atau'Bounced' atau mungkin ada nama@istilah lain.
Penyelarasan yang sempurna semasa proses editing dan mixing akan menyokong proses Master dilakukan dengan baik. Jika tidak, kemungkinan besar tidak dapat dilakukan proses mastering ini.
a. Maximizing Loudness (Memaksimumkan kekuatan bunyi) - Iaitu melakukan proses compression (mampatan) dan menghadkan (limiting) agar signal purata berada pada tahap yang paling sesuai untuk dengar (setinggi mungkin) pada setiap masa tanpa mengorbankan bunyi dinamik yang ketara.
b. Balancing Frequencies (Imbangan Frekuansi) - Menyelaraskan semula EQ, di mana proses ini dikenali sebagai 'multiband compression', di mana setiap sentuhan mampatan bagi setiap jalur frekuensi individu dilakukan secara berasingan bagi keseluruhan spektrum.
c. Stereo Widening (Perlebaran Stereo) - Proses ini bukanlah satu kemestian tetapi adakalanya amat perlu untuk menambah kesan bunyi tambahan yang lebih luas dalam lagu. Ada pelbagai plugin telah direka untuk melakukan proses ini.
Proses mastering ini bukannya mudah. Iaitu memerlukan sentuhan berat. Jika seseorang itu tidak faham dan tidak tahu melakukannya, maka sentuhan yang dilakukannya akan menjadikan lebih buruk, bukannya lebih baik. Sebab itu kebiasaanya 'mix engineers' akan menghantar hasil rakamannya untuk dilakukan proses Mastering pada 'mastering engineer', bukan melakukannya sendiri.
Penutup.Anda perlu memahami apa itu mono, stereo, kadar keperluan kesan bunyi seperti reverb dsbnya. Had miksimum kekuatan bunyi, kefahaman terhadapa sample rate/bit depth dsbnya. Disamping itu perlu mengetahui bagaimana kaedah dan keperluan untuk rakam bunyi atau signal digital dari 'keyboard' samada melalui wayar@kabel atau midi. Begitu juga dengan rakaman tanpa wayar iaitu rakaman melalui microfon, pilihan jenis mic yang sesuai dan ruang rakaman yang sesuai.
Sekian, terima kasih.

Proses ini jika dilakukan dengan betul membuat pendengaran akan lebih lunak
bagi setiap track dan keseluruhan track. Penyesuaian EQ pada 'Master
Track' nanti akan menjamin kesesuaian 'Frequency Range' apabila lagu
yang terhasil dimainkan pada perbagai medium. Banyak yang ambil mudah
step ini menyebabkan hasil yang didapati tidak sesuai untuk dimainkan
pada medium-medium tertentu.
Contohnya apabila sesebuah lagu dimainkan di dalam kereta yang mengandungi sub woofer. Bunyi yang kedengaran adalah diluar jangkaan sekiranya semasa proses mixing tidak mengambil perhatian kepada frequancy yang tersembunyi di mana bunyinya tidak dapat dikesan apabila dimainkan melalui speaker biasa.
Compression - Sangat perlu untuk keseimbangan bunyi yang telah dirakam, agar bunyi yang terhasil akan lebih dinamik dan dapat didengar dengan jelas dan hasil keseluruhan bunyi nanti akan seganding dan jelas kedengaran. Proses ini juga tidak diketahui oleh kebanyakan jururakam amatur.
Reverb - Reverb umpama 'garam' dalam masakan. Hasil rakaman tanpa reverb sama seperti hasil masakan tanpa garam. Cuma reverb mungkin berbeza setting pada setiap track. Kemudiannya ada pula reverb untuk 'Master Track'. Reverb akan menjadikan muzik yang didengari seolah berada dalam ruang 3 Dimensi. Ianya menggambarkan rasa keluasan atau kedalaman ruang dan menyatukan bunyi instrument pada keluasan ruang yang tertentu.
Reverb perlu secukup rasa. Ada penyanyi yang tidak mahu vokalnya dimasukkan reverb. Hasil vokal akan kedengaran kering seolah makanan tanpa garam. Sebenarnya keperluan reverb tidak dapat dinafikan. Cuma harus sesuai dan secukup rasa. Ada yang lebih selesa bila reverb kedengaran jelas atau mungkin berlebihan, umpama makanan terlebih garam. Secara ringkasnya reverb hendaklah berada pada paras yang sesuai dan tidak terasa akan kekurangan ataupun berlebihan.
Automation - Ini adalah peringkat sedikit advance. Iaitu proses menukar ketetapan@setting pada titik tertentu di dalam sesebuah lagu. Ianya akan menghasilkan kesan yang pelbagai.
4. Proses Mastering. Sebelum membuat proses mastering, semua hasil rakaman yang berada pada track-track yang berasingan@multi track hendaklah disatukan pada satu track stereo. Proses ini dinamakan 'Mixdown' atau'Bounced' atau mungkin ada nama@istilah lain.
Penyelarasan yang sempurna semasa proses editing dan mixing akan menyokong proses Master dilakukan dengan baik. Jika tidak, kemungkinan besar tidak dapat dilakukan proses mastering ini.
a. Maximizing Loudness (Memaksimumkan kekuatan bunyi) - Iaitu melakukan proses compression (mampatan) dan menghadkan (limiting) agar signal purata berada pada tahap yang paling sesuai untuk dengar (setinggi mungkin) pada setiap masa tanpa mengorbankan bunyi dinamik yang ketara.
b. Balancing Frequencies (Imbangan Frekuansi) - Menyelaraskan semula EQ, di mana proses ini dikenali sebagai 'multiband compression', di mana setiap sentuhan mampatan bagi setiap jalur frekuensi individu dilakukan secara berasingan bagi keseluruhan spektrum.
c. Stereo Widening (Perlebaran Stereo) - Proses ini bukanlah satu kemestian tetapi adakalanya amat perlu untuk menambah kesan bunyi tambahan yang lebih luas dalam lagu. Ada pelbagai plugin telah direka untuk melakukan proses ini.
Proses mastering ini bukannya mudah. Iaitu memerlukan sentuhan berat. Jika seseorang itu tidak faham dan tidak tahu melakukannya, maka sentuhan yang dilakukannya akan menjadikan lebih buruk, bukannya lebih baik. Sebab itu kebiasaanya 'mix engineers' akan menghantar hasil rakamannya untuk dilakukan proses Mastering pada 'mastering engineer', bukan melakukannya sendiri.
Penutup.Anda perlu memahami apa itu mono, stereo, kadar keperluan kesan bunyi seperti reverb dsbnya. Had miksimum kekuatan bunyi, kefahaman terhadapa sample rate/bit depth dsbnya. Disamping itu perlu mengetahui bagaimana kaedah dan keperluan untuk rakam bunyi atau signal digital dari 'keyboard' samada melalui wayar@kabel atau midi. Begitu juga dengan rakaman tanpa wayar iaitu rakaman melalui microfon, pilihan jenis mic yang sesuai dan ruang rakaman yang sesuai.
Sekian, terima kasih.
Comments
Windows 11 Activator Crack
Universal Audio Uad 2 Crack
Melody Sauce Vst Crack
Xfer Records LFO Tool Crack
Best 바카라 사이트 추천 Casino Bonuses — No, you'll be seeing a lot of these casino bonuses you can 포커 마운틴 find here. You 유로 스타 사이트 might be surprised by 로투스 바카라 중계 what a lot 오공슬롯 of these casino bonuses